Friday 29 August 2008

Filem: The Dark Knight


Asalnya aku tak tau pun ni citer pasal Batman. Masa Raji tanya, aku ingatkan Dark Knight ni satu lagi citer hantu. Masa tu baru je sembang-sembang pasal citer M Night Shyamalan kan, jadi bila dia cakap aku mesti suka Dark Knight, aku ingat mesti citer ala-ala Shyamalan ler. Macam biasa ler..tak amik tau sangat..tapi lepas ni harusler jadi pengunjung tetap Cineworld gitu huhuhuh

Okeh, kembali pasal Dark Knight. Kali ni Bandar Gotham jadi kelam kabut sebab Joker, ala-ala psiko yang sebenarnya nak Batman buka topeng itam dia tu. Mula dengan merompak bank, tapi semua perompak yang lain dibunuh lepas habih tugasnya. Elok gak tu, nak harap polis semua tak berkesan. Nasib baik ada Joker, kurangla bilangan perompak kat situ.

Lepas perompak, Joker masuk pulak area mafia. Kiranya sampai mafia pun upah Joker ni untuk jalankan tugas. Lepas tu Joker jugakla yang bunuh mafia ni. Bayangkanler, berapa ramai polis kat Gotham tu, harap kan Joker jugak nak hapuskan jenayah. Kalau sebelum ni asik mengharap pada Batman. Asal ada masalah ja depa nyalakan lampu.

Kali ni ada pulak watak peguam negara..eh pendakwaraya Harvey Dent yang kononnya bekerjasama ngan polis nak banteras penjenayah. Si Harvey bercinta pulak dengan bekas awek Batman, Rachel Dawes, tapi dia tak tau la. Joker pulak yang tau.

Joker ni menimbulkan kekacauan, sampai porak peranda Gotham. Polis berasuah (gaji tak cukup ka?) dan bersekongkol dengan mafia (eh..macam penah dengar je kan...polis dengan kongsi gelap). Bila pihak berkuasa kengkonon dapat la selesaikan kes dengan tangkap mafia-mafia tu, Joker pun perangkap polis. Dia biarkan diri dia ditangkap, dia timbulkan kekacauan dalam balai polis sendiri.

Pastu mafia ni tangkap Dent ngan awek dia, dan macam biasa la Joker yang psiko ni set kan bom, salah sorang ja akan selamat. Dan masa Batman tanya dia, dia bagi lokasi terbalik antara Harvey ngan Rachel. Batman pulak, harusler pi selamatkan Harvey kat tempat yang penuh dengan tong-tong minyak. Jadinya, Rachel la yang meninggal sebab masa polis sampai tempat tu meletup. Harvey pun terbakar gak sebab muka kena petrol, jadilah dia Two Face, pasai sebelah muka elok sebelah lagi terbakar.

Si Harvey ni sah-sah la depressed, Joker lak berjaya masuk jarum kiranya nak balas dendam kat polis yang sebabkan kematian awek dia dan keluarga dia. Keluarga dia mati sebab ada polis yang bagi maklumat pada mafia. Kiranya, orang yang sabar ni sebenarnya ada had dia. Sampai masa dia jadi psiko sebab tekanan kan. Tapi akhirnya, yang baik akan menang jugak. Matilah semua yang jahat termasuk Two Face itu, tinggal yang baik je.

Aku rasa yang paling banyak jasa kepada Gotham kali ni adalah Joker. Dengan mafia pun dia selamba jek. Batman datang dengan segala kelengkapan canggih. Joker sempoi je, tapi sebenarnya perancangan dia sangat hebat, sampai melibatkan nak bom hospital dan feri yang bawak penduduk Gotham menyelamatkan diri. Untuk feri tu, dia bagi pilihan pada penumpang feri untuk bomkan sesama depa. Kelam kabut la..kira masing-masing ambil keputusan untuk bomkan feri lain, kiranya biar mengebom jangan dibom. Masing-masing fikir kepentingan diri sendiri. Yang nampak berhati mulia ialah banduan yang lemparkan suis bom tu. Lepas tu rupanya orang dalam feri lagi satu pun tak jadi bom jugak. Selamatnya semuanya. Jadi, adakah semua banduan itu telah cukup persediaan nak mati?

Awal citer ni, Joker merompak bank. Tapi sebenarnya dia bukan la nak sangat duit tu. Manakala bagi mafia tu pulak duit adalah segalanya. Dia cuma nak access kepada mafia tu saja. Ada jugak orang dalam dunia yang tidak terpengaruh dengan kemewahan harta kan. Dan Joker pada aku adalah hasil kerosakan sistem bermula daripada keluarga dan melibatkan negara. Bapak dia adalah pendera sejati. Mulut Joker dihiris, dan kerana miskin luka Joker tak terawat. Luka di luar walaupun sembuh, masih berparut. Dan luka dalam hati Joker meninggalkan kesan abadi. Terdesak dengan tekanan hidup kan, tu yang sampai jadi camtu. Tu lah dia, kesejahteraan negara bermula daripada keluarga yang bahagia.

Aku rasa macam citer ni bukan citer Batman, tapi pasal Joker. Dan watak Joker itu sangat berkesan pembawaannya. Lebih berkesan daripada Batman. Oh, dan aku baru kenal Christian Bale. Erkk bukan Christian Bale ni rambut putih ka huhuhuhu

No comments: