Friday 19 September 2008

Buku: Fast Food Nation

Tajuk: Fast Food Nation:What the All-American Meal is Doing to the World
Pengarang: Eric Schlosser
Penerbit: Penguin Books Ltd.; New edition, 2004
Mukasurat: 400
Genre: Non-fiction

Fakta yang dipaparkan tentang 'makanan cepat' dalam buku ni banyak yang mengejutkan aku. Mengejutkan mungkin sebab selama ni tak penah amik tau. Penulis buku ni banyak buat kajian sendiri tentang industri makanan segera yang bermula di USA. Walaupun secara secara umumnya dia sebutkan fast food, tapi banyak yang dipaparkan adalah tentang Mekdonel. Daripada sejarah sampai ler kepada kehebatan Mekdi dalam mengawal polisi-polisi berkaitan penternakan lembu/ayam dan penggunaan kentang yang dah diubahsuai secara genetik. Ini disebabkan Mekdi merupakan pembeli kedua ayam terbesar daripada penternak selepas KFC. Memang hebatla kuasa ekonomi kapitalis ni, sapa yang banyak duit dia la berkuasa.

Dipaparkan jugak walaupun jualan menguntungkan, pekerja-pekerja bawahan merupakan antara yang menerima gaji paling rendah di USA. Lepas tu, pengendalian rumah sembelihan, kebersihan dan suasana bekerja yang bahaya. Banyak sebenarnya yang tersembunyi disebalik industri makanan segera ni.

Selain daripada tu, penggunaan semula organ ternakan yang diproses menjadi makanan ternakan pun dulu-dulu aku ingat macam cerita surat layang ja. Rupanya memang cerita tu betul, dan ini dikatakan antara punca merebaknya BSE dengan cepat. Haiwan ternakan yang sepatutnya maun pun sebenarnya kanibal jugak.

Teringat pulak cerita penternakan ikan sepat di Thailand. Kalau kita beli ikan sepat kering dari Bangkok, saiznya memang lebih besar berbanding yang di Malaysia. Konon-konon cerita di ladang ikan tu, depa buat pelantar kat tepi kolam. Bangkai-bangkai ternakan termasukla peliharaan macam anjing dan kucing orang kampung akan dibeli oleh penternak ikan, lepas tu diletakkan atas pelantar tu. Bila bangkai mereput, banyak ler ulat-ulat kan. Daging yang mereput dan ulat-ulat yang jatuh dalam kolam tu dijadikan makanan ikan-ikan tu. Tapi cerita ni aku pun tak pasti fakta ataupun sekadar penyedap cerita orang yang dengki tengok aku dok makan nasi goreng ngan ikan sepat siam tu.

Selain daripada cerita ayam/lembu dan kentang, ada juga fakta tentang perasa dan pewarna makanan. Cerita pasal ni pernah keluar dalam utusan pengguna dulu. Kalau namanya makanan itu 'chicken flavoured', maksudnya takde langsung isi ayam sebenar yang digunakan untuk membuat makanan tersebut. Sebab tu ada Walkers crisps berperisa babi dan ayam yang sesuai dimakan oleh pemakan sayur.

Tapi yang sebenarnya pengguna ler yang lebih berkuasa dalam menentukan polisi. Sebabnya, walaupun Mekdi boleh memaksa pembekal-pembekal ikut mana-mana polisi, tapi pengguna berhak menentukan nak beli atau tak beli. Macam bila tersebar merata dunia bahawa Mekdi menggunakan beef talon untuk menyalut kentang gorengnya yang sungguh sedap tu, pengguna daripada agama yang tak membenarkan penganutnya makan daging, dan para pemakan sayur memboikot Mekdi. Bila jualan menurun, kesan mula terasa. Mekdi pun mengeluarkan kenyataan bahawa kentang goreng dibeberapa negara yang ada rakyatnya ramai tak makan daging/lembu, kentangnya tak disalut dengan beef talon. Nasib baik kentang di UK dan di Malaysia tak bersalut beef talon ni. Jadi bolehla meneruskan aktiviti makan di Mekdi.

Filem: Hellboy II - The Golden Army


Citer ni sekuel kepada Hellboy:Here to Protect. Pengarah yang sama dengan filem yang sebelum ni, jugak sama dengan citer Pan's Labyrinth. Watak-watak dalam ni kebanyakannya adalah hasil imaginasi mereka dibelakang tabir, makhluk asing, makhluk bawah tanah. Watak-watak pada aku hanya sekadar medium untuk menyampaikan cerita, yang penting cerita yang nak disampaikan.

Mesej yang nak disampaikan secara tak langsung kena kat kita la jugak. Sikap orang yang tak tau menghormati hak orang lain, bila dah melanggar hak mesti orang marah, lama-lama menimbulkan dendam. Ada yang bila buat sesuatu mengharapkan orang suka apa yang dia buat, tak cukup sekadar apa yang dia ada. Bila yang ada tu hilang baru terasa recognition orang lain tak penting pun dalam hidup ni. Yang penting kita sentiasa ada orang yang terdekat yang sayang pada kita.

Walaupun Prince Nuada nampak seperti antagonis, dia sebenarnya berjuang mempertahankan hak rakyat yang diceroboh, walaupun terpaksa bersendirian. Dia sangat memahami sifat manusia, maklumla dah hidup berjuta tahun gamaknya, sebab tu sempat dia bagi nasihat kat Hellboy kalau ketamakan manusia dibiarkan tanpa kawalan, semua makhluk lain akan hilang seperti makhluk hutan tu sebab manusia selalu memikirkan kepentingan sendiri dan selalu sangat memusnahkan orang lain.

Lakonan aku rasa tahap yang sangat memuaskan, visual pun sama. Banyak la spesel efek yang dipakai, tapi tak la menjemukan. Cerita dia tak la slow sangat macam LOTR, dan takla sampai 3 jam. Aku rekemen cerita ni kepada sapa-sapa yang dapat memahami falsafah cerita dan tak terlalu memandang kepada watak-watak dalam cerita yang sangat imaginatif tu. After all, manusia pun sebenarnya rupa je nampak elok tapi perangai ada yang baran macam Hellboy tu, bila buat jahat dah jadi macam setan jugak kan, cuma masih berbentuk manusia je.