Friday, 19 September 2008

Buku: Fast Food Nation

Tajuk: Fast Food Nation:What the All-American Meal is Doing to the World
Pengarang: Eric Schlosser
Penerbit: Penguin Books Ltd.; New edition, 2004
Mukasurat: 400
Genre: Non-fiction

Fakta yang dipaparkan tentang 'makanan cepat' dalam buku ni banyak yang mengejutkan aku. Mengejutkan mungkin sebab selama ni tak penah amik tau. Penulis buku ni banyak buat kajian sendiri tentang industri makanan segera yang bermula di USA. Walaupun secara secara umumnya dia sebutkan fast food, tapi banyak yang dipaparkan adalah tentang Mekdonel. Daripada sejarah sampai ler kepada kehebatan Mekdi dalam mengawal polisi-polisi berkaitan penternakan lembu/ayam dan penggunaan kentang yang dah diubahsuai secara genetik. Ini disebabkan Mekdi merupakan pembeli kedua ayam terbesar daripada penternak selepas KFC. Memang hebatla kuasa ekonomi kapitalis ni, sapa yang banyak duit dia la berkuasa.

Dipaparkan jugak walaupun jualan menguntungkan, pekerja-pekerja bawahan merupakan antara yang menerima gaji paling rendah di USA. Lepas tu, pengendalian rumah sembelihan, kebersihan dan suasana bekerja yang bahaya. Banyak sebenarnya yang tersembunyi disebalik industri makanan segera ni.

Selain daripada tu, penggunaan semula organ ternakan yang diproses menjadi makanan ternakan pun dulu-dulu aku ingat macam cerita surat layang ja. Rupanya memang cerita tu betul, dan ini dikatakan antara punca merebaknya BSE dengan cepat. Haiwan ternakan yang sepatutnya maun pun sebenarnya kanibal jugak.

Teringat pulak cerita penternakan ikan sepat di Thailand. Kalau kita beli ikan sepat kering dari Bangkok, saiznya memang lebih besar berbanding yang di Malaysia. Konon-konon cerita di ladang ikan tu, depa buat pelantar kat tepi kolam. Bangkai-bangkai ternakan termasukla peliharaan macam anjing dan kucing orang kampung akan dibeli oleh penternak ikan, lepas tu diletakkan atas pelantar tu. Bila bangkai mereput, banyak ler ulat-ulat kan. Daging yang mereput dan ulat-ulat yang jatuh dalam kolam tu dijadikan makanan ikan-ikan tu. Tapi cerita ni aku pun tak pasti fakta ataupun sekadar penyedap cerita orang yang dengki tengok aku dok makan nasi goreng ngan ikan sepat siam tu.

Selain daripada cerita ayam/lembu dan kentang, ada juga fakta tentang perasa dan pewarna makanan. Cerita pasal ni pernah keluar dalam utusan pengguna dulu. Kalau namanya makanan itu 'chicken flavoured', maksudnya takde langsung isi ayam sebenar yang digunakan untuk membuat makanan tersebut. Sebab tu ada Walkers crisps berperisa babi dan ayam yang sesuai dimakan oleh pemakan sayur.

Tapi yang sebenarnya pengguna ler yang lebih berkuasa dalam menentukan polisi. Sebabnya, walaupun Mekdi boleh memaksa pembekal-pembekal ikut mana-mana polisi, tapi pengguna berhak menentukan nak beli atau tak beli. Macam bila tersebar merata dunia bahawa Mekdi menggunakan beef talon untuk menyalut kentang gorengnya yang sungguh sedap tu, pengguna daripada agama yang tak membenarkan penganutnya makan daging, dan para pemakan sayur memboikot Mekdi. Bila jualan menurun, kesan mula terasa. Mekdi pun mengeluarkan kenyataan bahawa kentang goreng dibeberapa negara yang ada rakyatnya ramai tak makan daging/lembu, kentangnya tak disalut dengan beef talon. Nasib baik kentang di UK dan di Malaysia tak bersalut beef talon ni. Jadi bolehla meneruskan aktiviti makan di Mekdi.

Filem: Hellboy II - The Golden Army


Citer ni sekuel kepada Hellboy:Here to Protect. Pengarah yang sama dengan filem yang sebelum ni, jugak sama dengan citer Pan's Labyrinth. Watak-watak dalam ni kebanyakannya adalah hasil imaginasi mereka dibelakang tabir, makhluk asing, makhluk bawah tanah. Watak-watak pada aku hanya sekadar medium untuk menyampaikan cerita, yang penting cerita yang nak disampaikan.

Mesej yang nak disampaikan secara tak langsung kena kat kita la jugak. Sikap orang yang tak tau menghormati hak orang lain, bila dah melanggar hak mesti orang marah, lama-lama menimbulkan dendam. Ada yang bila buat sesuatu mengharapkan orang suka apa yang dia buat, tak cukup sekadar apa yang dia ada. Bila yang ada tu hilang baru terasa recognition orang lain tak penting pun dalam hidup ni. Yang penting kita sentiasa ada orang yang terdekat yang sayang pada kita.

Walaupun Prince Nuada nampak seperti antagonis, dia sebenarnya berjuang mempertahankan hak rakyat yang diceroboh, walaupun terpaksa bersendirian. Dia sangat memahami sifat manusia, maklumla dah hidup berjuta tahun gamaknya, sebab tu sempat dia bagi nasihat kat Hellboy kalau ketamakan manusia dibiarkan tanpa kawalan, semua makhluk lain akan hilang seperti makhluk hutan tu sebab manusia selalu memikirkan kepentingan sendiri dan selalu sangat memusnahkan orang lain.

Lakonan aku rasa tahap yang sangat memuaskan, visual pun sama. Banyak la spesel efek yang dipakai, tapi tak la menjemukan. Cerita dia tak la slow sangat macam LOTR, dan takla sampai 3 jam. Aku rekemen cerita ni kepada sapa-sapa yang dapat memahami falsafah cerita dan tak terlalu memandang kepada watak-watak dalam cerita yang sangat imaginatif tu. After all, manusia pun sebenarnya rupa je nampak elok tapi perangai ada yang baran macam Hellboy tu, bila buat jahat dah jadi macam setan jugak kan, cuma masih berbentuk manusia je.

Friday, 29 August 2008

Filem: The Dark Knight


Asalnya aku tak tau pun ni citer pasal Batman. Masa Raji tanya, aku ingatkan Dark Knight ni satu lagi citer hantu. Masa tu baru je sembang-sembang pasal citer M Night Shyamalan kan, jadi bila dia cakap aku mesti suka Dark Knight, aku ingat mesti citer ala-ala Shyamalan ler. Macam biasa ler..tak amik tau sangat..tapi lepas ni harusler jadi pengunjung tetap Cineworld gitu huhuhuh

Okeh, kembali pasal Dark Knight. Kali ni Bandar Gotham jadi kelam kabut sebab Joker, ala-ala psiko yang sebenarnya nak Batman buka topeng itam dia tu. Mula dengan merompak bank, tapi semua perompak yang lain dibunuh lepas habih tugasnya. Elok gak tu, nak harap polis semua tak berkesan. Nasib baik ada Joker, kurangla bilangan perompak kat situ.

Lepas perompak, Joker masuk pulak area mafia. Kiranya sampai mafia pun upah Joker ni untuk jalankan tugas. Lepas tu Joker jugakla yang bunuh mafia ni. Bayangkanler, berapa ramai polis kat Gotham tu, harap kan Joker jugak nak hapuskan jenayah. Kalau sebelum ni asik mengharap pada Batman. Asal ada masalah ja depa nyalakan lampu.

Kali ni ada pulak watak peguam negara..eh pendakwaraya Harvey Dent yang kononnya bekerjasama ngan polis nak banteras penjenayah. Si Harvey bercinta pulak dengan bekas awek Batman, Rachel Dawes, tapi dia tak tau la. Joker pulak yang tau.

Joker ni menimbulkan kekacauan, sampai porak peranda Gotham. Polis berasuah (gaji tak cukup ka?) dan bersekongkol dengan mafia (eh..macam penah dengar je kan...polis dengan kongsi gelap). Bila pihak berkuasa kengkonon dapat la selesaikan kes dengan tangkap mafia-mafia tu, Joker pun perangkap polis. Dia biarkan diri dia ditangkap, dia timbulkan kekacauan dalam balai polis sendiri.

Pastu mafia ni tangkap Dent ngan awek dia, dan macam biasa la Joker yang psiko ni set kan bom, salah sorang ja akan selamat. Dan masa Batman tanya dia, dia bagi lokasi terbalik antara Harvey ngan Rachel. Batman pulak, harusler pi selamatkan Harvey kat tempat yang penuh dengan tong-tong minyak. Jadinya, Rachel la yang meninggal sebab masa polis sampai tempat tu meletup. Harvey pun terbakar gak sebab muka kena petrol, jadilah dia Two Face, pasai sebelah muka elok sebelah lagi terbakar.

Si Harvey ni sah-sah la depressed, Joker lak berjaya masuk jarum kiranya nak balas dendam kat polis yang sebabkan kematian awek dia dan keluarga dia. Keluarga dia mati sebab ada polis yang bagi maklumat pada mafia. Kiranya, orang yang sabar ni sebenarnya ada had dia. Sampai masa dia jadi psiko sebab tekanan kan. Tapi akhirnya, yang baik akan menang jugak. Matilah semua yang jahat termasuk Two Face itu, tinggal yang baik je.

Aku rasa yang paling banyak jasa kepada Gotham kali ni adalah Joker. Dengan mafia pun dia selamba jek. Batman datang dengan segala kelengkapan canggih. Joker sempoi je, tapi sebenarnya perancangan dia sangat hebat, sampai melibatkan nak bom hospital dan feri yang bawak penduduk Gotham menyelamatkan diri. Untuk feri tu, dia bagi pilihan pada penumpang feri untuk bomkan sesama depa. Kelam kabut la..kira masing-masing ambil keputusan untuk bomkan feri lain, kiranya biar mengebom jangan dibom. Masing-masing fikir kepentingan diri sendiri. Yang nampak berhati mulia ialah banduan yang lemparkan suis bom tu. Lepas tu rupanya orang dalam feri lagi satu pun tak jadi bom jugak. Selamatnya semuanya. Jadi, adakah semua banduan itu telah cukup persediaan nak mati?

Awal citer ni, Joker merompak bank. Tapi sebenarnya dia bukan la nak sangat duit tu. Manakala bagi mafia tu pulak duit adalah segalanya. Dia cuma nak access kepada mafia tu saja. Ada jugak orang dalam dunia yang tidak terpengaruh dengan kemewahan harta kan. Dan Joker pada aku adalah hasil kerosakan sistem bermula daripada keluarga dan melibatkan negara. Bapak dia adalah pendera sejati. Mulut Joker dihiris, dan kerana miskin luka Joker tak terawat. Luka di luar walaupun sembuh, masih berparut. Dan luka dalam hati Joker meninggalkan kesan abadi. Terdesak dengan tekanan hidup kan, tu yang sampai jadi camtu. Tu lah dia, kesejahteraan negara bermula daripada keluarga yang bahagia.

Aku rasa macam citer ni bukan citer Batman, tapi pasal Joker. Dan watak Joker itu sangat berkesan pembawaannya. Lebih berkesan daripada Batman. Oh, dan aku baru kenal Christian Bale. Erkk bukan Christian Bale ni rambut putih ka huhuhuhu

Saturday, 23 August 2008

Filem: Mamma Mia


Ceritanya ringkas, berselang-seli dengan lagu-lagu kumpulan Abba. Temanya seorang anak tidak sah taraf, Sophie nak mencari bapak kandung untuk jadi wali masa dia nak kawin nanti. Berdasarkan diari yang mak dia, Donna tulis masa dok ngandungkan dia, ada 3 orang calon yang berpotensi sebagai bapak dia. Masa sedang mengandung, Donna kena halau dek mak dia, jadi dia pun bawa diri ke sebuah pulau kat Greece. Dasat kan, dapat jugak duk kat tempat yang cantik tu. Lepas tu dia mewarisi rumah percutian makcik kepada salah sorang calon bapak Sophie. Kiranya, sebagai tuan punya rumah percutian kecil, dia memang buat one-man-show untuk majukan tempat tu.

Tahun-tahun 70-an jugak sudah berleluasa gejala sosial ni, cuma bezanya masa tu bila mengandung anak luar nikah, dibuang keluarga. Kalau la ni, bersepah-sepah aja hasilnya.

Sophie kirim kad pada ketiga-tiga calon bapak dia untuk majlis perkahwinan dia. Dalam dok menentukan sapa yang nampak lebih berpotensi jadi bapaknya, semuanya nampak sama ja. Maknya sendiri pun tak tau, walaupun sebenarnya salah sorang daripada calon-calon tu memang cinta sejatinya.

Menonton filem ni menjadikan hati sangat suka, riang gembira. Ada lagu dan pemandangan yang menarik. Kaki pun tergedik-gedik ikut lagu, punya la senang hati. Lokasi filem ni kat pulau di Greece. Lagu ABBA memang semuanya happy-go-lucky kan.

Pengajarannya:
1. Kalau nak buat apa-apa perniagaan pada skala kecil, kena pastikan kita tau semua selok-beloknya, kena tau hands-on. Baru boleh jimat kos operasi. Kalau rosak apa-apa, repair sendiri sambil nyanyi-nyanyi.

2. Nak buat apa-apa pun, orang terdekat kita jugak yang penting. Yang utamanya keluarga rapat. Tapi tak semestinya yang ada pertalian darah pun, kadang-kadang kawan jadi lebih penting dan lebih memahami. Dalam keadaan sekarang ni, selalunya keluarga duk jauh, jadi kawan la jadi tempat bermanja (ahaks!). Tapi kena pandai pilih kawan la.

3. Hargai apa yang kita ada. Takde masalah jangan cari masalah. Nasib baik dalam citer ni semuanya berakhir dengan suka dan gembira.

Filem ni sesuai ditonton untuk malas nak menyesakkan kepala. Aku nonton pun tanya sebarang pengharapan yang tinggi walaupun ada Meryl Streep yang memang terbukti kemantapan hasil kerjanya.